selalu tak denga orang orang berkata, 'aku tak kisah siapa pun jodoh aku. handsome/cantek ke tak ke.. janji baek.' haa.. tak mustahil korang selalu denga kan.. betul ke apa yang korang hajatkan neh? kalau betul dapat korang bersyukur tak? aku tanya neh serious. kalau kau dapat gemuk pendek hitam tapi sangat baek and hormat org tua. cukup pakej suami/isteri soleh/solehah, betul kau bole terima dia sepenuhnya tanpa sezarah rasa kesal? 90% of people who read this will hesitate with what they are wishing for.
persoalannya skang neh.. sejauh mana korang sanggup terima pasangan korang? dia tak cantik luar, cantik dalam. mungkin bertampal tampal. means dia penah jadik manusia jahil suatu masa dahulu. kau terimaaaaaaaa? haa? ah manusia. nak yang sempurna je.. yang dahi licin, solehah, baek, cukup pakej isteri solehah, tak penah ternoda, tak penah buat silap. apa kau ingat kau baek sangat?? cermin diri dulu derr! nak bini macam pari pari tapi perangai kau macam.. sendiri faham lah.
bagi mereka yang penah wish untuk dapat wife or husband mithali tuh, cermin diri dulu.. betul kan niat. lelaki.. jangan hanya pandang pada perempuan yang ada rupa. hatinya mungkin kosong. kalau ada niat nak ubah dia nawaitu kerana Allah, dipersilakan. tapi siap kan diri dengan sabar. bukan sehari dua dapat ubah manusia. tapii kalau nak ubah sebab dia cantik and takut terlepas ke tangan orang laen, betulkan niat tuh dulu. kat situ je da nampak pentingkan diri dan ego. kenapa? sebab tak bagi chance dekat orang yang betul betul bole ubah dia and ego sebab nak didamping dengan seorang teman yang cantik. hebatkah rasa dapat tundukkan seorang yang cantik? mungkin hebat sebab perempuan cantik orang selalunya kaitkan dengan sombong dan ego. orang akan pandang kau hebat. tapi di sisi Allah, kalau niat kau tak betul? haa camne? sendiri faham la.. jangan pandang orang physically sahaja. tak cukup tuh ye.. dia pun nak ke tak tah kat kau! seleraaa! melampau lampau. sedar diri sikit..
selalu tak denga perempuan pakai seksi, rambut kaler kaler cakap 'nanti aku nak carik laki alim lah, senang nanti dia bole bimbing aku jadik baek. silap silap pakai tudung tutup lutut uuu!' lepas tuh ketawa dekah dekah. ha elok sangat lah tuh.. nak carik laki alim, kau camne plak? berubah lah dulu.. bukan tunggu dekat nak kawen nanti. buat nye kau mati esok? seminit lepas tuh ke.. tak baek mana pun. at least niat and ikhtiar nak berubah tuh ada. neh tidak.. nak berubah sebab nak kawen lelaki alim sebab lelaki alim orang kata memahami, tak kejam, bukan kaki pukul. pakej lelaki sempurna. ala ala ashraf muslim lah katakan! semua nye fikir camtuh sebab tak nak hidup disia siakan lelaki tak guna. kaki botol kaki perempuan bagai lah.. hmm manusia..
my advice is terimalah seseorang tuh berdasarkan diri dia sekarang. jangan dikisahkan pasal masa silam dia. semua orang buat silap. siapa tak buat silap? kita manusia bukan malaikat. Allah swt pun memaafkan hambaNya.. apalagi kt manusia. memaafkan bole membersihkan hati. kalau nak bawak seorang yang jahil ke jalan kebaikan pun lagi bagus! berdakwah lah katakan.. and kalau dia tuh da memang baek, jangan cuba untuk ubah dia jadik apa yang anda suka. dia akan jadik manusia hipokrit. and and trime la dia sebab inner beauty, bukan sebab dia cantik luaran. cantik luar belum tentu kekal. nanti kerepot jugak.. cantik dalam pun belum tentu kekal tapi tuh depends on how a husband take care of a wife and a wife take care of her husband. tak puas hati lagi sebab tak cantik?? tuh new york ada.. london ada.. mayfair pun ada. banyak duet pegi hanta. tak banyak duet, trime la da rezeki anda di situ.. manusia neh susah betul nak bersyukur. kata islam.. hayati beriman kepada qada' dan qadar ye! apa guna hafal rukun tapi tak praktik..
aku bukan orang baek nak nasihatkan orang. aku hipokrit. tapi dengan cara hipokrit neh jugak motivate aku untuk berubah atas apa aku nasihatkan orang. maksud nye.. sambil aku tegur orang buat baek, aku pun sikit sikit berubah jadik baek. insyaAllah, aku masih mencuba menjadi baek.. doakan aku. and here's thanks in advance. ;) tengs!
my last words is, jangan mengharap isteri seperti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Ali.
No comments:
Post a Comment